Pages

Sunday, 7 April 2013

kucing bengal


Assalamualaikum

malam ni terasa nak cerita pasal kucing bengal.. huhuhu sebab tunang aku dah janji nak bagi kucing ni so aku akan tuntut sampai ke lubang cacing kucing ni..hahahaha
sebenarnye aku nak kucing Scottish fold macam MARU tu..alaaa kucing famous dekat youtube but mahal pulak nak beli..xpe la, pasang niat dulu..nanti dah keje..dah banyak duit baru beli..kucing i harga dia lebih kurang RM3k kalau tak silap la...huhuhu mahal giler, mahal pada fon and laptop aku lagi..kalau mati kucing tu, burn beribu2 duit aku..hahahah tapi sebab suke sangat kucing..aku tak kisah janji aku puas.. aku akan beli jugak kucing ni suatu ary nanti..hehehe

* haa.. ni la contoh kucing scottish fold yang comel lagi cute.. telinga dia penyet, pendek and kementot..hahahaha 



ni la maru yang famous kat you tube tu..comel giler! nah! koleksi gambar maru..











oke3..dah3 citer pasal kucing scottish fold..satgi tak pasal2 meroyan nak kucing tu, mampos tunang aku nak beli..hahahha
tukar citer pasal kucing bengal pulak..kucing bengal ni pun comel, ala2 chetah gitu~ 
kucing ni aktif and manja.. perangainye seperti anjing..suke ikut tuan dia ke mana saje and suke tunggu tuan dia balik ke rumah.. kucing bengal jugak suke air, lagi2 time mandi..confirm berendam lame la jawabnye..hihi


Kucing Bengal adalah breed kucing domestik bertompok yang sangat istimewa. Breed ini terhasil daripada kacukan silang breed lain seperti Abyssinian, American Shorthair, Burma atau Egytian Mau dengan Asian Leopard Cat. Nama Bengal ini datang dari nama Latin bagi Asian Leopard Cat iaitu Feline Bengalensis. Domestik Bengal telah mewarisi corak tompok liar yang eksotik dan mengagumkan daripada Asian Leopard Cat, yang banyak dijumpai di Asia tengah.


Dengan bentuk badan yang besar dan gagah, bengal mendapat sebahagian ciri fizikal kucing liar. Kucing betina dewasa mempunyai berat badan sekitar 4-5 kg, sedangkan kucing jantan boleh mencapai berat 10 kg. sifat bengal adalah cerdas and aktif. salah satu cirri khas adalah suka akan air, mereka suke mandi dan berendam di dalam air bersama pemiliknye.


Kucing bengal boleh menjadi nakal dan riuh di dalam rumah. mereka sangat aktif and sentiasa bersedia untuk bermain. mereka juga mempunyai personaliti vokal, bijak, penyayang dan suka mendampingi manusia dan memuaskan hati pemiliknye. mereka suke mengikuti tuannye ke mana saje dan sentiasa menantikan kepulangan tuan nyer.



kucing bengal mempunyai enam warna rasmi iaitu brown-black spotted, brown-black marbled, snow-spottes dan snow-marbled. variasi popular adalah brown-black spotted kerana hampir serupa dengan penampilan Asian Leopard Cat. brown spotted dan brown marbled mempunyai mata yang besar, ekspresif, berbentuk almmond, berwarna biru atau hijau. snow pula boleh dijumpai dengan mata berwarna biru atau lain2.


ni la koleksi gambar2 kucing bengal yang comel :)


hehehe dop sabor pulok nak dapat kucing ni tapi tunang kate dapat lepas kawin.. alaaa lambat nyer..orang nk cepat2, dia bg lambat2...eeee..


tepat jam 12.50 AM/ 8 april 2013, muhammad nazirul azzwa (tunang) telah berjanji akan beli scottish fold selepas kucing bengal yang dia bagi mati... tapi dengan syarat kucing bengal mati bukan disebabkan sengaja..hihihihi

No comments:

Post a Comment